سْــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِيم

:::The best thing about me is you::::

:::: Nothing Special About Me.. Yang Baik Datang DaripadaNya..Yang Kurang Datang Dari kelemahan Diri Sendiri ::



Thursday, January 27, 2011

.:: Esok ::.

Kisah untuk renungan bersama... Katakan sekarang... jgn tunggu sampai esok... Pada suatu tempat, hiduplah seorang anak. Dia hidup dalam keluarga yang bahagia, dengan orang tua dan sanak keluarganya. Tetapi, dia selalu menganggap itu sesuatu yang wajar saja. Dia terus bermain, mengganggu adik dan kakaknya, membuat masalah bagi orang lain adalah kesukaannya.

Apabila dia menyedari akan kesalahannya dan mahu minta maaf, dia selalu berkata,"Tidak apa-apa, besok kan boleh." Sesudah besar, dia amat suka kesekolah. Dia belajar, mendapat teman, dan sangat bahagia. Tetapi, dia anggap itu wajar-wajar saja. Semua begitu saja dijalaninya sehingga dia anggap semua sudah sewajarnya. Suatu hari, dia berkelahi dengan teman baiknya. Walaupun dia tahu itu salah, tapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk minta maaf dan berbaik dengan teman baiknya. Alasannya, "Tidak apa-apa, besok kan boleh."

Ketika meningkat remaja, teman baiknya tadi bukanlah temannya lagi. Walaupun dia sering melihat temannya itu, tapi mereka tidak pernah saling tegur. Baginya itu bukanlah masalah, kerana dia masih punyai ramai teman baik yang lain. Dia dan teman-temannya melakukan segala sesuatu bersama-sama, main, jalan-jalan dan macam2 lagi. Ya, mereka semua teman-temannya yang paling baik.

Setelah lulus, kerja membuatkannya menjadi sibuk. Dia bertemu seorang gadis yang sangat cantik dan baik. Gadis itu kemudian menjadi teman wanitanya.Dia begitu sibuk dengan kerjanya, kerana dia ingin di naikkan pangkat ke posisi paling tinggi dalam waktu yang sesingkat mungkin.

Tentu, dia rindu untuk bertemu teman-temannya. Tapi dia tidak pernah lagi menghubungi mereka, bahkan selalu lewat menelefon mereka. Dia selalu berkata, "Ah, aku penat, besok saja aku hubungi mereka." Ini tidak terlalu mengganggu dia kerana dia punyai teman-teman sekerja selalu mahu apabila diajak keluar.

Jadi, waktu pun berlalu, dia lupa sama sekali untuk menelefon teman-temannya. Setelah dia berkahwin dan mempunyai anak, dia bekerja lebih kuat untuk memberi kebahagiaan pada keluarganya. Dia tidak pernah lagi membeli bunga untuk isterinya, atau pun mengingati hari lahir isterinya dan juga hari perkahwinan mereka. Itu tidak mendatangkan masalah baginya, kerana isterinya selalu mengerti, dan tidak pernah menyalahkannya.

Kadang-kadang dia merasa bersalah dan ingin punyai kesempatan untuk mengatakan pada isterinya "Aku cinta pada mu", tapi dia tidak pernah melakukannya. Alasannya, "Tidak apa-apa, saya pasti besok saya akan mengatakannya."

Dia tidak pernah bersama di majlis harijadi anak-anaknya, tapi dia tidak tahu ini akan mempengaruhi anak-anaknya. Anak-anak mulai menjauhkan diri darinya, dan tidak pernah menghabiskan waktu mereka bersama dengan ayahnya.

Suatu hari, isterinya ditimpa kemalangan, isterinya dilanggar lari. Ketika kejadian itu, dia sedang ada mesyuarat. Kemalangan itu adalah serius dan dia tidak sedar bahawa kemalangan itu bakal menjemput isterinya menemui yang maha mencipta. Belum sempat dia berkata "Aku cinta pada mu", isterinya telah meninggal dunia. Remuk hatinya apabila ini berlaku dan dia cuba menghiburkan diri bersama anak-anaknya setelah kematian isterinya.

Tapi, dia baru sedar bahawa anak-anaknya tidak mahu berkomunikasi dengannya. Apabila anak-anaknya dewasa dan membina keluarga masing-masing. Tidak ada yang peduli pada orang tua ini, yang di masa lalunya tidak pernah meluangkan waktunya untuk mereka.

Masa berjalan begitu pantas, orang tua ini tinggal di rumah jagaan yang terbaik, yang menyediakan pelayanan sangat baik. Dia menggunakan wang yang disimpannya dari mula untuk perayaan ulang tahun perkahwinan ke 50, 60,dan 70. Pada asal tujuan wang itu adalah untuk digunakan pergi bercuti ke Hawaii, New Zealand, dan negara-negara lain bersama isterinya,
tapi kini terpaksa digunakan untuk membayar biaya tinggal di rumah jagaan tersebut. Sejak dari itu sehinggalah dia meninggal, hanya ada orang-orang tua dan penjaga yang merawatnya. Dia merasa sangat kesepian, perasaan yang tidak pernah dia rasakan sebelumnya.

Semasa dia hendak meninggal, dia memanggil seorang penjaga dan berkata kepadanya, "Ah, jika aku menyedari perkara ini dari dulu..." Kemudian perlahan ia menghembuskan nafas terakhir. Dia meninggal dunia dengan airmata dipipinya.



MORAL :

Apa yang saya ingin katakan pada kawan-kawan dan juga pada diri saya sendiri, waktu itu tidak pernah berhenti. Anda terus maju dan maju,sebelum benar-benar menyedari, anda ternyata telah maju terlalu jauh.

Jika anda pernah bertengkar, segera berbaik antara satu sama lain !

Jika anda merasa ingin mendengar suara teman anda, jangan ragu-ragu untuk menelefonnya segera.

Akhir sekali, tapi yang paling penting, jika anda merasa ingin mengatakan pada seseorang bahawa anda sangat sayang pada dia, jangan tunggu sampai terlewat. Jika anda terus berfikir bahawa masih ada lain hari baru anda akan memberitahu dia, hari itu tidak pernah akan datang.

Jika anda selalu fikir bahawa besok akan datang, maka "besok" akan pergi

sungguh dengan begitu cepat hingga anda baru sedar bahawa waktu telah tinggalkan anda.

.:: Kesetiaan ::.

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30am seorang lelaki berusia 60-an
datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu-jarinya. Aku menyiapkan peralatan
dan memintanya menunggu, sebab semua doktor masih sibuk, mungkin dia baru
dapat dirawat setidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat ke jam
tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi ketika sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa
lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang
balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan doktor,
aku putuskan untuk melakukannya sendiri..

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia punya janji lain hingga nampak
terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab tidak, dia hendak ke satu tempat untuk makan
tengahari bersama isterinya, seperti yang dilakukannya sehari-hari. Dia menceritakan
bahawa isterinya sudah dirawat di sana sejak beberapa waktu dan isterinya mengidap
penyakit Alzheimer.

Lalu kutanya apakah isterinya akan marah kalau dia datang terlambat. Dia menjawab
bahawa isterinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun terakhir. Aku sangat
terkejut dan berkata, ?Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik
tidak kenal lagi?? Dia tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, ?

Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?
Aku terus menahan air mata sampai pakcik itu pergi, aku kagum.

Cinta kasih seperti itulah yang aku mahu dalam hidupku?

Cinta sesungguhnya tidak bersifat fisik atau romantis. Cinta sejati adalah menerima
apa adanya yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang
tidak akan pernah terjadi.

Moral/Renungan:

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesan penting:

Orang yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya
berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki.

Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai,
tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan.?

i love you

Sepasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya.

Gadis : Perlahankanlah sikit motor nie..saya takut la..
Si Lelaki : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok..
Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie..
Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie..awak kena kata awak cintakan saya dulu..
Gadis : Ok. Saya cintakan awak !
Si Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat.

* Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat *

Si Lelaki : Awak..boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah..

*************************************************
Dalam surat khabar keesokkan harinya :

Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek.

Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat.

Moral :

Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan " Saya cintakan awak" dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi keladernya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan terkorban.

Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya.

Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya.

Tuesday, January 25, 2011

.:: LeLaki Vs PeremPuan

Lelaki perlu tahu yang perempuan:

Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.

Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.

Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.

Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.

Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.

Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.

Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.

Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.

Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.

Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya.

“Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”

Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).

Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik

Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita

Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama

Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita

Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya

Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! (Macam aku kot)

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain

Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini

Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang

Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti

Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita

Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!